Monday, February 16, 2015

HELLO BLOG

Assalamualaikum.. 

Pembuka bicara di alam maya
 Akhirnya wujud juga blog yang telah lama diidamkan
Kalau sebelum ini aku hanya menjadi silent reader 
tetapi kali ini telah diberikan kerajinan sedikit untuk membuat blog sendiri

Dunia blog sebenarnya bukanlah asing bagi aku 
kerana sebelum ini aku pernah mempunyai blog
Hanya mampu bertahan satu tahun sahaja
Dek kerana sikap malas menguasai diri 
dan menyampah dengan tulisan sendiri
akhirnya aku delete semua post tersebut haha

Ok sekarang aku kembali untuk menulis
tetiba terasa rugi moment dalam hidup dibiarkan berlalu tanpa coretan
jadi, marilah merajinkan diri kembali

Semasa di awal aku menulis di blog dulu
aku masih bujang 
tetapi sekarang sudah ada dua orang anak
Banyak kisah hidup yang boleh dicoretkan 
kalau masa dulu aku rajin haha…

Menjadi harapan aku lah agar blog usang ini 
mampu memberi manfaat dan kebaikan 
kepada diri aku dan semua orang lain di alam nyata itu

Ok jumpa lagi