Tuesday, March 31, 2015

MASIH LAGI BERTATIH

Assalamualaikum..

Kembali lagi setelah janji dinodai
kan main lagi kan masa awal 'create' balik blog ni
semangat macam luar biasa
kononnya nak mengarang setiap hari
tapi nan hado ya..
sikap malas aku tetap juara di hati

Sebenarnya bukanlah malas sangat
tapi aku ni jenis otak cepat beku
kan sebelum menulis nak cerita macam-macam
tapi bila depan keyboard...
idea tu cepat sangat hilang

Tapi lagi baik dari aku delete balik blog ni kan
sebenarnya aku masih bertatih untuk menulis
sebab bukan semua orang diberi kelebihan menterjemahkan apa yang 
difikirkan ke dalam bentuk tulisan
aku ni jenis orang 'audio'
menjadi pendengar setia aku boleh tapi bila kau suruh aku menulis 
memang fail lah sikit
sebab kerja aku memang kena mendengar, mendengar dan mendengar....
kerja apa?? ok itu cerita kemudian ya 

Eh itu jer lah nak cerita hari ni
kan hari lain takde cerita pulak
hahaha
kan aku masih lagi bertatih..

ok jumpa lagi
 


 

Monday, February 16, 2015

HELLO BLOG

Assalamualaikum.. 

Pembuka bicara di alam maya
 Akhirnya wujud juga blog yang telah lama diidamkan
Kalau sebelum ini aku hanya menjadi silent reader 
tetapi kali ini telah diberikan kerajinan sedikit untuk membuat blog sendiri

Dunia blog sebenarnya bukanlah asing bagi aku 
kerana sebelum ini aku pernah mempunyai blog
Hanya mampu bertahan satu tahun sahaja
Dek kerana sikap malas menguasai diri 
dan menyampah dengan tulisan sendiri
akhirnya aku delete semua post tersebut haha

Ok sekarang aku kembali untuk menulis
tetiba terasa rugi moment dalam hidup dibiarkan berlalu tanpa coretan
jadi, marilah merajinkan diri kembali

Semasa di awal aku menulis di blog dulu
aku masih bujang 
tetapi sekarang sudah ada dua orang anak
Banyak kisah hidup yang boleh dicoretkan 
kalau masa dulu aku rajin haha…

Menjadi harapan aku lah agar blog usang ini 
mampu memberi manfaat dan kebaikan 
kepada diri aku dan semua orang lain di alam nyata itu

Ok jumpa lagi